• View_from_CEMACS_Jetty.jpg
  • Dolphin_Research.jpg

  • Welcome_to_CEMACS.jpg

Pulau Pinang jadi hub penghasilan benih serantau

 12 December 2018, GEORGETOWN- Pulau Pinang akan menjadi hub penghasilan benih serantau menjelang 2030 di Asia Tenggara.

Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Dr Afif Bahardin berkata, ia akan melibatkan semua jenis benih terbaik dalam bidang pertanian, perikanan dan penternakan.

Afif (dua, kiri) melawat pameran selepas merasmikan majlis menandatangani perjanjian antara USM dan Universiti Industri Bogor tadi.


Menurutnya, perancangan itu merupakan salah satu usaha untuk memenuhi aspirasi Pulau Pinang 2030 yang diumumkan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow beberapa bulan lalu.

"Perancangan ini adalah salah satu strategi dalam memenuhi aspirasi Pulau Pinang 2030 untuk menjadikan sektor pertanian bergerak seiring seiring dengan revolusi 4.0. Menjadi hub penghasilan benih di kawasan Asia Tenggara bukan sahaja dalam pertanian tetapi merangkumi semua.

"Semua benih terbaik dalam bidang pertanian, penternakan dan perikanan akan dihasilkan di Pulau Pinang. Buat masa ini, kejayaan kita adalah penghasilan benih tiram. Ia adalah usaha sama dengan Universiti Sains Malaysia (USM) dan satu-satunya yang dihasilkan di kawasan serantau," katanya kepada media tadi.

Tambahnya, selain usaha itu, Pulau Pinang juga mempunyai pusat penghasilan benih dan penetasan ikan di Taman Kekal Pengeluaran, Taman Agro Batu Kawan.

"Buat masa ini, kerajaan negeri sedang berusaha untuk mewujudkan zon industri akuakultur di Penaga yang sebahagian besar daripada projek di atas tanah seluas 202.3 hektar itu akan melibatkan pembangunan penetasan.

"Kerajaan negeri mengalu-alukan syarikat, universiti atau mana-mana badan untuk datang ke negeri ini bagi melihat potensi yang ada. Kelebihan Pulau Pinang adalah kedudukan logistiknya yang strategik," katanya.

Terdahulu Afif merasmikan persidangan dan majlis menandatangani perjanjian dalam melaksanakan sistem pemantauan persekitaran marin berintegrasi antara USM dan Universiti Industri Bogor, Indonesia di sini.

 

Sumber : Sinar Online

Latest News

28
Dis2018
Seafood – Now and Forever

Seafood – Now and Forever

  December 2018, Georgetown - Seafood – fish, crustaceans, molluscs and other invertebrates – are an important source of nourishment, providing a healthy source of animal protein and good omega-3 fatty...

14
Dis2018
USM, UPB bekerjasama tambah baik ekosistem perikanan, marin.

USM, UPB bekerjasama tambah baik ekosistem perikanan, marin.

14 Disember 2018, Georgetown - Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Pertanian Bogor (UPB), Indonesia menjalin kerjasama untuk memberi fokus terhadap usaha mewujudkan penternakan laut pintar untuk perikanan, sejajar dengan amalan...

12
Dis2018
Pulau Pinang jadi hub penghasilan benih serantau

Pulau Pinang jadi hub penghasilan benih serantau

 12 December 2018, GEORGETOWN- Pulau Pinang akan menjadi hub penghasilan benih serantau menjelang 2030 di Asia Tenggara.Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Dr Afif Bahardin berkata, ia akan melibatkan semua...

12
Dis2018
Nelayan Perlu Teroka Aktiviti Akuakultur - AWANI

Nelayan Perlu Teroka Aktiviti Akuakultur - AWANI

13 December 2018, Pulau Pinang. - Sila klik untuk lihat video di bawah: Nelayan Perlu Teroka Aktiviti Akuakultur. Sumber: AWANI - Kedah

26
Nov2018
KEM PENINGKATAN PROFESYEN PEGAWAI SAINS - USM

KEM PENINGKATAN PROFESYEN PEGAWAI SAINS - USM

26 November 2018 - Pada 19 November 2018 hingga 20 November 2018, Persatuan Pegawai Sains USM, Malaysia (PPSUSM) telah menganjurkan program ' KEM PENINGKATAN PROFESYEN PEGAWAI SAINS ' bertempat di...

15
Nov2018
Threat to marine powerhouse: doom and gloom for seagrass

Threat to marine powerhouse: doom and gloom for seagrass

A local in Indonesia is gleaning ( invertebrate harvesting by hand and on foot at low or shallow tide) for sea urchins in a seagrass meadow which is important for...