• View_from_CEMACS_Jetty.jpg
  • Dolphin_Research.jpg

  • Welcome_to_CEMACS.jpg

USM, UPB bekerjasama tambah baik ekosistem perikanan, marin.

14 Disember 2018, Georgetown - Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Pertanian Bogor (UPB), Indonesia menjalin kerjasama untuk memberi fokus terhadap usaha mewujudkan penternakan laut pintar untuk perikanan, sejajar dengan amalan Revolusi Industri keempat (Industri 4.0).

Industri 4.0 merujuk kepada trend semasa berkaitan automasi dan pertukaran data dalam teknologi pembuatan, termasuk sistem siber-fizikal, ‘Internet of Things’ (IoT), pengkomputeran awan dan pengkomputeran kognitif.

Rektor UPB Dr Arif Satria berkata pendekatan semasa yang digunakan bagi pemantauan alam sekitar marin melibatkan perbelanjaan tinggi, makan masa dan secara relatifnya tidak tepat, maka kedua-dua universiti itu bekerjasama bagi mewujudkan satu sistem pemantauan yang cekap dan berkesan bagi meningkatkan kefahaman terhadap alam sekitar marin.

Katanya, inisiatif penternakan laut pintar termasuk meningkatkan stok ikan, pemulihan terumbu karang dan meningkatkan kemahiran pengawalan nelayan pesisir pantai dengan harapan dapat menyelesaikan masalah pengurangan kualiti ekosistem marin dan juga kadar pengurangan jumlah ikan.

“Kami berharap untuk mewujudkan sinergi antara tenaga kerja nelayan dan pengetahuan kami serta teknologi bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan sektor akuakultur dan perikanan, di samping memelihara ekosistem marin,” katanya pada sidang akhbar bersempena Persidangan Rangkaian Universiti Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT UNINET) ke-11 di sini hari ini.

Terdahulu, USM dan UPB menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk mewujudkan sistem pemantauan alam sekitar marin bersepadu bagi industri pelancongan dan akuakultur, sejajar dengan Dasar Industry4wrd Nasional yang diperkenalkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dalam melaksanakan Industri 4.0.

USM diwakili penasihat Persidangan IMT-GT UNINET 2018 Prof Dr Amirul Al-Ashraf Abdullah dan Pengarah Pusat Kajian Marin & Pesisir Pantai Prof Datuk Dr Aileen Tan Shau Hwai, manakala UPB diwakili Dr Arif Satria dan pengarah Pusat Kajian Sumber Pesisir Pantai dan (CCMRS) UPB Dr Ario Damar serta disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Pulau Pinang Dr Afif Bahardin.

USM diwakili penasihat Persidangan IMT-GT UNINET 2018 Prof Dr Amirul Al-Ashraf Abdullah dan Pengarah Pusat Kajian Marin & Pesisir Pantai Prof Datuk Dr Aileen Tan Shau Hwai, manakala UPB diwakili Dr Arif Satria dan pengarah Pusat Kajian Sumber Pesisir Pantai dan (CCMRS) UPB Dr Ario Damar serta disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Pulau Pinang Dr Afif Bahardin. (Foto: Bernama)
(Bernama)

Latest News

28
Dis2018
Seafood – Now and Forever

Seafood – Now and Forever

  December 2018, Georgetown - Seafood – fish, crustaceans, molluscs and other invertebrates – are an important source of nourishment, providing a healthy source of animal protein and good omega-3 fatty...

14
Dis2018
USM, UPB bekerjasama tambah baik ekosistem perikanan, marin.

USM, UPB bekerjasama tambah baik ekosistem perikanan, marin.

14 Disember 2018, Georgetown - Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Pertanian Bogor (UPB), Indonesia menjalin kerjasama untuk memberi fokus terhadap usaha mewujudkan penternakan laut pintar untuk perikanan, sejajar dengan amalan...

12
Dis2018
Pulau Pinang jadi hub penghasilan benih serantau

Pulau Pinang jadi hub penghasilan benih serantau

 12 December 2018, GEORGETOWN- Pulau Pinang akan menjadi hub penghasilan benih serantau menjelang 2030 di Asia Tenggara.Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Dr Afif Bahardin berkata, ia akan melibatkan semua...

12
Dis2018
Nelayan Perlu Teroka Aktiviti Akuakultur - AWANI

Nelayan Perlu Teroka Aktiviti Akuakultur - AWANI

13 December 2018, Pulau Pinang. - Sila klik untuk lihat video di bawah: Nelayan Perlu Teroka Aktiviti Akuakultur. Sumber: AWANI - Kedah

26
Nov2018
KEM PENINGKATAN PROFESYEN PEGAWAI SAINS - USM

KEM PENINGKATAN PROFESYEN PEGAWAI SAINS - USM

26 November 2018 - Pada 19 November 2018 hingga 20 November 2018, Persatuan Pegawai Sains USM, Malaysia (PPSUSM) telah menganjurkan program ' KEM PENINGKATAN PROFESYEN PEGAWAI SAINS ' bertempat di...

15
Nov2018
Threat to marine powerhouse: doom and gloom for seagrass

Threat to marine powerhouse: doom and gloom for seagrass

A local in Indonesia is gleaning ( invertebrate harvesting by hand and on foot at low or shallow tide) for sea urchins in a seagrass meadow which is important for...