• View_from_CEMACS_Jetty.jpg
  • Dolphin_Research.jpg

  • Welcome_to_CEMACS.jpg

Pulau Pinang jadi hub penghasilan benih serantau

 12 December 2018, GEORGETOWN- Pulau Pinang akan menjadi hub penghasilan benih serantau menjelang 2030 di Asia Tenggara.

Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Dr Afif Bahardin berkata, ia akan melibatkan semua jenis benih terbaik dalam bidang pertanian, perikanan dan penternakan.

Afif (dua, kiri) melawat pameran selepas merasmikan majlis menandatangani perjanjian antara USM dan Universiti Industri Bogor tadi.


Menurutnya, perancangan itu merupakan salah satu usaha untuk memenuhi aspirasi Pulau Pinang 2030 yang diumumkan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow beberapa bulan lalu.

"Perancangan ini adalah salah satu strategi dalam memenuhi aspirasi Pulau Pinang 2030 untuk menjadikan sektor pertanian bergerak seiring seiring dengan revolusi 4.0. Menjadi hub penghasilan benih di kawasan Asia Tenggara bukan sahaja dalam pertanian tetapi merangkumi semua.

"Semua benih terbaik dalam bidang pertanian, penternakan dan perikanan akan dihasilkan di Pulau Pinang. Buat masa ini, kejayaan kita adalah penghasilan benih tiram. Ia adalah usaha sama dengan Universiti Sains Malaysia (USM) dan satu-satunya yang dihasilkan di kawasan serantau," katanya kepada media tadi.

Tambahnya, selain usaha itu, Pulau Pinang juga mempunyai pusat penghasilan benih dan penetasan ikan di Taman Kekal Pengeluaran, Taman Agro Batu Kawan.

"Buat masa ini, kerajaan negeri sedang berusaha untuk mewujudkan zon industri akuakultur di Penaga yang sebahagian besar daripada projek di atas tanah seluas 202.3 hektar itu akan melibatkan pembangunan penetasan.

"Kerajaan negeri mengalu-alukan syarikat, universiti atau mana-mana badan untuk datang ke negeri ini bagi melihat potensi yang ada. Kelebihan Pulau Pinang adalah kedudukan logistiknya yang strategik," katanya.

Terdahulu Afif merasmikan persidangan dan majlis menandatangani perjanjian dalam melaksanakan sistem pemantauan persekitaran marin berintegrasi antara USM dan Universiti Industri Bogor, Indonesia di sini.

 

Sumber : Sinar Online

Latest News

23
Okt2019
Hasil kajian ternak tiram CEMACS USM wajar dikomersialkan – Kon Yeow

Hasil kajian ternak tiram CEMACS USM wajar dikomersialkan – Kon Yeow

  TELUK BAHANG – Kerajaan Negeri Pulau Pinang berharap hasil kajian Pusat Kajian Samudera dan Pantai (CEMACS) Universiti Sains Malaysia (USM) mengenai penternakan tiram secara komersial dapat dimanfaatkan demi menjana...

23
Okt2019
Penang govt eyes partnership with CEMACS

Penang govt eyes partnership with CEMACS

GEORGE TOWN, Oct 19 -- The Penang government hopes to form a collaboration with Universiti Sains Malaysia (USM)’s Centre for Marine and Coastal Studies (CEMACS) in regard to environmental impact assessment of state...

21
Okt2019
USM akan lakukan ujian laut berkala

USM akan lakukan ujian laut berkala

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow (tengah) ditemani Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan (kanan) dan Pengarah Pusat Kajian Samudera dan Pantai (CEMACS),...

17
Sep2019
World Seafood Congress 2019: Penang researchers investigating feed formulas for mantis shrimp, mud crabs

World Seafood Congress 2019: Penang researchers investigating feed formulas for mantis shrimp, mud crabs

The Universiti Sains Malaysia (USM)’s Centre for Marine and Coastal Studies (CEMACS) is currently holding trials testing new feed compositions for mantis shrimp and mud crabs at its facility on...

16
Ogs2019
Fishermen want Penang govt to rehabilitate sea water

Fishermen want Penang govt to rehabilitate sea water

He said restoration of seawater quality should be undertaken immediately to ensure the sustainability of the marine ecosystems for the benefit of all, especially fishermen whose livelihood would be severely...

16
Ogs2019
Penang seafood safe for consumption, says exco

Penang seafood safe for consumption, says exco

GEORGE TOWN: The Penang government today gave an assurance that all seafood from its waters are safe for consumption. State Environment Committee chairman Phee Boon Poh said there had been...