KEM PENINGKATAN PROFESYEN PEGAWAI SAINS - USM

26 November 2018 - Pada 19 November 2018 hingga 20 November 2018, Persatuan Pegawai Sains USM, Malaysia (PPSUSM) telah menganjurkan program ' KEM PENINGKATAN PROFESYEN PEGAWAI SAINS ' bertempat di Pusat Kajian Samudera Dan Pantai (CEMACS).

 

TEMA

" SEMANGAT BEKERJA BERPASUKAN MEMBINA JATI DIRI UNGGUL "

Tema ini amat bersesuaian dengan matlamat persatuan dalam mendekati ahli sekaligus merapatkan jurang profesion di antara staf. Kecermerlangan sebuah jabatan/unit/PTJ adalah hasil usaha bersama staf profesional dan staf pelaksana dalam berganding bahu memastikan objektif atau key performance index (KPI) tercapai. Dalam merealisasikan matlamat berkenaan, pihak persatuan terpanggil untuk mengadakan program sebegini bagi memastikan staf dalam profesion sains maklmal perubatan mempunyai hala tuju yang sama.

 

PENGENALAN

Program " KEM PENINGKATAN PROFESION PEGAWAI SAINS " merupakan program motivasi dan kemajuan kerjaya yang akan diadakan dengan kerjasama Pusat Transformasi Insan, (PTI) Kampus Kesihatan. Program ini menghimpunkan Pegawai Sains daripada pelbagai latar belakang yang membabitkan bidang makmal klinikal rutin, makmal pengajaran dan pembelajaran dan makmal penyelidikan. Pihak persatuan mensasarkan penyertaan staf dari kalangan semua Pegawai Sains di USM. Matlamat utama program ini ialah meberi ruang perkongsian, pengetahuan dan peningkatan kompetensi staf terlibat sejajar dengan misi dan visi Universiti yang telah membangunkan tujuh teras kompetensi utama bagi memacu halatuju Universiti.

 

OBJEKTIF

  • Memupuk semangat bekerja secara berpasukan di kalangan Pegawai Sains.
  • Melahirkan warga USM yang sentiasa produktif, multitasking, berfikiran positif dan global dalam mengharungi cabaran abad 21.
  • Memberi pengetahuan dan perkongsian 7 teras kompetensi yang dibangunkan USM sejajar dengan visi dan misi Universiti.
  • Memberi kesedaran kepada Pegawai Sains dalam menghayati etika kerja dalam profesion ini.
  • Mengukuhkan jati diri Pegawai Sains sebagai warga USM yang berintegriti, komited dan bertanggungjawab.

 

ANJURAN 

Pusat Transformasi Insan, USM

Persatuan Pegawai Sains, USM