USM, UPB bekerjasama tambah baik ekosistem perikanan, marin.
14 Disember 2018, Georgetown - Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Pertanian Bogor (UPB), Indonesia menjalin kerjasama untuk memberi fokus terhadap usaha mewujudkan penternakan laut pintar untuk perikanan, sejajar dengan amalan Revolusi Industri keempat (Industri 4.0).
Industri 4.0 merujuk kepada trend semasa berkaitan automasi dan pertukaran data dalam teknologi pembuatan, termasuk sistem siber-fizikal, ‘Internet of Things’ (IoT), pengkomputeran awan dan pengkomputeran kognitif.
Rektor UPB Dr Arif Satria berkata pendekatan semasa yang digunakan bagi pemantauan alam sekitar marin melibatkan perbelanjaan tinggi, makan masa dan secara relatifnya tidak tepat, maka kedua-dua universiti itu bekerjasama bagi mewujudkan satu sistem pemantauan yang cekap dan berkesan bagi meningkatkan kefahaman terhadap alam sekitar marin.
Katanya, inisiatif penternakan laut pintar termasuk meningkatkan stok ikan, pemulihan terumbu karang dan meningkatkan kemahiran pengawalan nelayan pesisir pantai dengan harapan dapat menyelesaikan masalah pengurangan kualiti ekosistem marin dan juga kadar pengurangan jumlah ikan.
“Kami berharap untuk mewujudkan sinergi antara tenaga kerja nelayan dan pengetahuan kami serta teknologi bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan sektor akuakultur dan perikanan, di samping memelihara ekosistem marin,” katanya pada sidang akhbar bersempena Persidangan Rangkaian Universiti Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT UNINET) ke-11 di sini hari ini.
Terdahulu, USM dan UPB menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk mewujudkan sistem pemantauan alam sekitar marin bersepadu bagi industri pelancongan dan akuakultur, sejajar dengan Dasar Industry4wrd Nasional yang diperkenalkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dalam melaksanakan Industri 4.0.
USM diwakili penasihat Persidangan IMT-GT UNINET 2018 Prof Dr Amirul Al-Ashraf Abdullah dan Pengarah Pusat Kajian Marin & Pesisir Pantai Prof Datuk Dr Aileen Tan Shau Hwai, manakala UPB diwakili Dr Arif Satria dan pengarah Pusat Kajian Sumber Pesisir Pantai dan (CCMRS) UPB Dr Ario Damar serta disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Pulau Pinang Dr Afif Bahardin.
(Bernama)

- Hits: 1716